Thursday, January 10, 2008

Photo Outing: KL Streetshooting

DROC Photo Outing : Streetshoot CM - KTMB Building.
Rabu 7 November 2007

Bermula seawal 10:00 pagi, meeting point di Macdonald berhampiran Central Market.



Sebuah bangunan di hadapan Macdonald, di sini juga menjadi tempat untuk bas-bas awam mengambil dan menurunkan penumpang.

Sementara menunggu ahli yang belum sampai kami minum dulu.



Salah satu tempat menjamu selera di dalam Central Market.

Kami memulakan aktiviti mengambil gambar setelah semua peserta untuk outing kali ini hadir.


Dua keping gambar di dalam Central Market.

Kami tidak banyak mengambil gambar di dalam Central Market kerana dah tak sabar untuk mengambil gambar-gambar di bahagian luar. Kami kemudian diberitahu oleh seorang Pak Guard yang kami kena minta kebenaran dari management dulu untuk mengambil gambar di dalam Central market, jadi kami pun terus begerak keluar dari CM.




Sewaktu kami dalam perjalanan ke bangunan KTM, cuaca pagi yang indah sebelum tu sudah mula bertukar mendung dan ada tanda - tanda hujan nak turun.





Kami meneruskan perjalanan ke KTM dengan lebih laju tetapi masih sempat mengambil beberapa keping gambar model dalam perjalanan tersebut.



Dua orang model amatur dengan gaya tersendiri.

Kami sampai di Stesen Keretapi Kuala Lumpur lebih kurang pukul 11:30 pagi.


Berehat sekejap setelah penat berjalan.





Seterusnya kami memasuki ke dalam bangunan KTM tersebut. Di sini kami bertemu dengan seorang pelukis handalan yang mempamerkan hasil -hasil seninya di situ.


[b]En Khairuddin Mustafa atau lebih dikenali sebagai Dino adalah seorang pelukis yang terkenal. [/b]
Hasil-hasil lukisan beliau terutamanya potret sangat diminati ramai di Central Market. Kini beliau mempamerkan lukisanya di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.


Beliau kini banyak menghasilkan lukisan-lukisan abstract disamping potret-potret yang sungguh mengkagumkan.


Sebuah karya En Dino yang diberi tajuk 'Mata hati'.


Halim sedang menemubual En Dino.


Seterusnya kami pergi ke bahagian luar bangunan untuk mencari sudut -sudut yang lebih menarik untuk diabadikan ke memory card kamera kami.







Kami terus mengacukan lensa kamera kami ke setiap sudut di sekitar bangunan KTMB tersebut.





Setelah beberapa lama di KTM kami berpatah balik ke CM untuk makan tengahari sebelum mengakhiri aktiviti pada hari itu.




Beberapa keping gambar di sekitar Central Market.

Seterusnya kami berehat sambil makan -makan di sebuah restoran berhampiran CM.




Kemudian kami balik ke rumah dengan menaiki LRT.





Sekian.

No comments: